Siti's FotoPage - - Fotopages.com
Hari Isnin lagi
Nak upload gambo, hp ada dekat en somi plak. Rasanya dah lama benar aku tak upload gambo anak teruna aku tu. Wafi pun dah banyak skill yang baru.Seronok plak aku nak update progress dia , bukan apa setiap hari ada je benda baru yang dia nak tunjukkan kat ibu ngan ayah dia.Yang paling tak tahan 24 jam asik nak menyanyi jer kejenya. Tu yang buat aku ngan en Somi tak tahan. LOL
Wafi 1 tahun 8 bulan .
--> Mulut dah makin becok.So skarang aku dah ader teman sembang. Lagi aku melayan dia nyembang lagila suka mamat tu. (Aku masa ngandung dia mmg ghajin nyembang pon..ekeke :-D
--> Dah banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. antaranya car, air, susu ,tumpah, sejuk, baby,kakak, abang, opah..ader lagi perkataan lain tapi aku lupa plak..heheh
--> Dah boleh cakap 1,2,3...10 ( omputeh),mau plak dia ngikut kalau kita cakap.kalau dulu malas no mulut dia nak nyebut.Bilang satu, dua...10 pun ok. tapi ikut mood gak mamat tu.Time dia malas bila kita cakap one,dia terus cakap two, bila kita cakap three dia skip terus four...kalau dia malas lagi, langsung bo layan..ishhh :-O
--> Pandai nyanyi.Dah boleh recognize apa lagu yang kita nyanyikan pastu dia sambung da..Antara lagu yang dia selalu nyanyikan 'Kalau rasa gembira tepuk tangan, Kereta kecil warna merah, Twinkle2x, Burung kakak tua'( Sebab lagu tula lagu yang ibu dia selalu nyanyikan)hehhe.Siap dengan gaya lagi.
Tapi peberet song dia 'Burung Kakak Tua' la. sebutan Burung..kakak..tua..(itu jer yang betul) yang lain bahasa german daa..tiba tang letchum tu  bunyi dah lain..Ashum...ashum,..ashum..lalalalalala. LOL . Kadang ayah dia sroh benti nyanyi sebab sora dia sama kuat dengan vol tv. So kitorang takleh concentrate tengok tv. Dengki la tu.
--> Mesti nak ikut ibu solat.Tapi nak kongsi sejadah yang tak tahan tu even kita dah bentangkan sejadah untuk dia.Ikut sampai habis. Tapi rukun solat dia da lain..
-->Angkat takbir -->mulut kumat kamit terus sujud -->Bangun tadah tangan baca doa ( macam baca Qunut solat subuh --> Sujud
( Semua perbuatan ni dia rotate sampai ibu dia sudah Solat). Kadang jenuh nak tunggu dia bangun dari sujud. Macam panjang beno la ayat yang dia baca. Wafi...wafi.. :-S
--> Sebelum makan mesti tadah tangan baca doa dulu..elok perkataan 'azabannar' terus dia aminkan. Dah tau tu perkataan akhir.Tapi kalau time dia tengah lapar mmg tak sempat dah baca doa.siap tangan kita yang nak disuap tu dia tarik masuk mulut..Dah tahap kebulur la gamaknya tu..Pengasuh cakap kalau dah tiba waktu makan dia akan dok kat meja tepuk2 meja..alahai anak ku jangan la macam tu..Tak elok :P
--> Tak senang duduk kalau orang pakai cantik2 walupun tu bukan ibu ayah dia. Automatik dia akan bangun bersalam + cium pipi siap bye2 dengan semua orang pastu terus tunggu kat depan pintu Macamana tu?. Kuat mengikut tak kira sapa pun.Bahaya anak aku ni tak takut orang. $-)
--> Dah boleh disuruh. Senang sikit ibu.
--> Manja tak yah cakapla..sikit2 datang peluk cium2, nak beriba etc..tapi ngan ayah dia tak mo plak.
--> Kalau kita tido suka sangat kaco.Korek telingala,hidungla.dahla jarik tu kecik, sekali jolok ha amik kau sampai ke ujung..Terus tersentak. LOL Teruk tol wafi ni jeles betul tengok ibu tdo. :-O
--> Dah boleh pakai suar sendiri..tapi baju tak pandai lagi.
--> Pantang dengar cakap mandi, kalut bukak baju suar. Kalau ibu mandi jer mesti nangis2 dekat depan pintu kononnya marahla sebab mandi tak ajak dia skali.
--> Minat benar citer TOm- Tom Bak...Sekali ibu ajak main set3x....bila sampai turn tum3x dia boleh tambah 'Bak' kat belakang jadik Set set set , Tom tom Bak. LOL . Asal bangun2 pagi2 jer mintak tom 2 bak..Katun lain yang dia suka layan Postman Pat, Pingu, Fifi and Flowetot,Hikayat Putera Sazlan, Geng Bas Skolah, Gerak Geri Gasing...Ishh ibu dia plak macam dah hafal siaran ceria tu.. :P
--> Sejak dah pandai cakap susu ni..asal lambat sikit buat, amik botol susu cakap..Shushu..shushu..selagi tak buat selagi tu la di berkepit bawak botol sambil mulut mintak susu.
Kalau minum atau tengok TV kaki semedang bersilang..Macam ala2 bos gitu...
--> Kalau cakap kat hp cakap penuh gaya..macam dah besar beno.Sat sambil baring sat duduk kadang siap tangan naik macam bisnesman baru nak dapat tender .kaki plak silang pangkah tu yang tak tahan..kekeke
Ehhh banyak plak entri kali ni..Takpe nama pun cakap tadi bosan..So seharian ni jela keja aku..ekekekke :->
Hari senin
Dalam 7 hari dalam seminggu hari Senin la hari yang paling aku tak suka.Hari Senin adalah hari untuk aku bermalas-malasan, tapi haruskah aku cakap cenggitu. Sesuka hati aku jer :P  .
Apa kata hari senin ni diberi cuti. :-D . Aku rasa ramai yang sependapat dengan aku kan..heheh.Hari Jomaat plak adalah hari yang aku tonggu -tonggu..hehehe. Ha yo lah tu pastu sah-sah Hari Selasa plak jadik hari yang paling aku tak suka.ekekek.
Sebab apa aku tak suka Hari Senin :-
- 1st day keje lepas bercoti .
- Selalunya aku lambat dapat mood keje hari Senin ni.
- Rasa malas nak bangun pagi  - sebab kalau sabtu ahad aku leh bangun lambat sikit ( biasala pas subuh harusnya hanyut balik)  :-> So terbawak2 ke ari Senin. LOL
Kenapa aku suka ari Jumaat :-
- Ari last keje sbb esok tu dah coti.
- Semangat keje tu lebih berkobar-kobar sebab esok tu coti so tak kisahla kalau tetiba kena stayback(ehh ye ker :P )
- Seronok sebab balik awal.Pkl 5.00pm..Kalau hari biasa balik 5.30pm
Kisah kali ini
Actually aku baru jer lepas bercuti.Bukan cuti-cuti mesia tapi cuti sakit.2 minggu aku dok kat umah.Bosan jugak tapi rasa terhibur gak sebab dapat dok ngan si Wafi. Tapi kadang2 'temper' gak aku.Yelah kelam kelibut gak rumah aku dek kerja si Wafi tu. Sat nangis, sat menjerit, sat memanjat bak kata mau aku tempik je . Tapi sebenarnya dia la yang pecahkan kesunyian kat umah tu..Kalau dia takde rasa 'mengong' gak aku ni.
OO aku tak bagitau lagi kenapa aku bercuti. Sebenarnya aku baru pas KEGUGURAN.Memandangkan usia kandungan aku dah pun mencecah 10 minggu terpaksala aku buat D&C kaedahnya.
Perasaan aku? Emm tipula kalau aku cakap tak sedih. Tapi aku pecaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.Lagi pun memang dah perjanjian "baby" aku ngan Allah yang dia tak sanggup nak lihat dunia ni.Aku redha ngan ketentuan ni.
Macam mana boleh jadi. Dah memang tersurat yang aku akan keguguran buat kali kedua. Aku tak leh nak salahkan sesapa atau disebabkan aku berpindah opis.Memang aku ader gak buat keje2 berat ni tapi tu mungkin nak dijadikan sebab jer.Nak dijadikan plak kali ni aku mmg tak alami alahan so buat keje mmg macam tak sedar dirila. Kadang terlupa aku tengah mengandung. Tambah plak dah ada anak ni berkejar sana sini tu mmg dah kewajipan. Tapi aku dah katakan tadi semua faktor tu cuma nak jadi sebab jer . Walaupun megandung kali terus terang aku katakan aku mmg takde persediaan.Dalam kategori 'eksiden' la kiranya.Kandungan kali ni plak aku alami berbagai dugaan sampai satu tahap aku risau akan effect pada kandungan aku kali ni. Tapi tula Allah itu Maha Mengetahui.
Keguguran kali ni sakitnya berkali ganda dari sebelum ni.Menggeletar bila tengokkan darah yang kuar. Tapi yang tu biarlah untuk aku jadikan pengalaman pada aku.Cuma aku leh katakan aku bersalin dulu pun tak sempat merasa sakit cenggitu rupa."baby" aku pun dah cuma ditakdirkan hidup seketika dalam rahim ibunya ini pesal masa saat terakhir aku sempat lihat jantungnya berdegup sehari sebelum aku keguguran..sob..sob :-(  ter'emo' plak aku kali ni.Semoga dicucuri rahmat.
Alkisahnya kisah aku kali ni. Alhamdulillah sekarang aku dah makin pulih cuma yang aku rasa susah sikit sbb kena berpantang macam orang besalin.Padahal sebelum ni aku dak melantak bagai dah..Ai dahla badan ni nak pakai lama.kang dah tua cepat lak sezen aku ni. :P
Bila nak mengandung balik.Emm tengokla cemana . Insyaallah aku bajet baby next year. Wafi pun rasanya dah bersedia nak jadik abang long.So tak kisahla kalau ujung taun pun tak kisahla leh sambut besday sama ngan Wafi nanti. :-D.harapnya doa aku ni dimakbulkan. sekarang ni pun aku dah buat persediaan dah start makan folic asid dan seadik beradik dengannya.Laporan kesihatan aku baru2 ni pun dah takde masalah. Tekanan darah tinggi dan kandugan gula masih paras normal.Aku akan lebih berhati2 dan harapnya peristiwa macam ni tak berulang lagi. :-S.Nak mengandung ni jangan ingat mudah kita kena ade preparation dari segi fizikal dan mental tambah yang dah ada anak ni.
Lastly aku nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan yang banyak bagi support kat aku.tak lupa pada mak & Ayah yang bersusah payah  menjaga aku merangkap jaga anak aku sekali. I Luv u Mak & Ayah. dan pada En Somi aku jugak sbb jagakan wafi sepeninggalan aku masa admit kat HUKM." Ct Sayangkan Abang".
Perkembangan Terkini
Hari ni rasa macam ada masa plak nak update kat sini..2 3 hari ni sibuk mengemas.SDulu sibuk mengemas pindah rumah skarang sibuk mengemas pindah opis..Dari tingkat 17 naik tingkat 45.perggghh tinggi tu.Penat tu kalau nak sampai sini.Ceh macam la aku naik guna tangga.heheh.Nantila kita citer-sikit pasal opis baru.
Entry kali ni nak update pasal anak aku Wafi.Rasa macam dah lama tak update pasal dia kat sini at least aku leh keep track perkembangan dia.
Inila Wafi sekarang..Makin besar susah nak amik gambar sebab tak duduk diam
Wafi skarang dah 1 tahun 7 bulan ++.baru jer sambut umo baru dia tu 30/6 lepas.Dah besar anak ibu ni yer.Sikit lagi dah nak jadik Abang Long. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana la gayanya kalau dia ada adik nanti.So far apa yang aku peratikan dia mmg suka sangat kat baby.Pantang nampak baby mesti dia tarik kain aku bagitau ada baby .Siap nak dok dekat .Nak agah2.cuit pipi la.Macam budak besar plak.: ;-) .Gayanya tak plak nak cubit2 ke terkam, pukul baby,tapi tak taula kalau adik sendiri cemana gayanya.
-Dah pandai jalan ,berlari[/b] mmg dah tak terkejar.Nak jalan tak nak kita pegang tangan dia.ditepisnya.IShh kadang geram jugak.Yela kang masuk longkang ke langgar tiang ker..jenuh..jatuh satu hal plak.aku jugak yang susah.Ikut mood jugak kalau time dia tak nak berjalan jenuh aku nak berdukung especially masa nak antar pagi2 umah pengasuh.Dah la blok lain memang seksa la.Nak tanak terpaksa la dukung kalau tak dia jalan main-main.maca makan angin takpun dia jalan sikit dia mencangkuk. :mad_curse: kadang panas jer hati ni.
-Makan mmg senang.tak memilih langsung. Apa yang ibu ayah makan tu jugakla dia makan.Lauk apa pun tak kisah.Kadang aku plak riso time makan pedas2.Kalau tak bagi maunya mengamuk sakan.sekarang kalau tapau nasik kena beli ungtuk dia skali kalau berkongsi tak cukup..kuang..kuang..kuang.Nak makan sama-sama kat meja makan.Sebelum makan mesti nak baca doa pastu kena aminkan.Pandai anak ibu.Time minum susu pun sama bila nak minum dia sebut "illah".Bismillah lah tu.bahasa dia. LOL
-Susu macam biasa.cuma dah kurang rasanya depend apa yang dia makan.selalunya paling kurang 5 botol. Pagi-pagi 6.30am, pkl 11.00am,3.00pm,6.30pm, 9.00pm. Tapi kalau malam tak makan nasik 8.30 sekali sebelum tdo skali.Sarapan ,lunch dengan makan malam semestinya.
-Badan masih lagi 'slim river' ;-) Tapi tak kisahla rasanya makan dah cukup.Lagipun sihat walafiat dah jarang-jarang demam.Cuma kalau demam tu tak lama.sehari dua jer tapi dia tetap aktif walaupun demam tapi time malam lah lemah sikit sebab merengek nak menempek je.
-Bercakap ni macam lambat sikit.Baru pandai sebut 'nak,bye,illah(bismillah),mama(padahal Ibu tapi tak kisahla)ayah (kadang-kadang je sebut), tak nakla ,janganlah ..tapi pelat dia la.
Gaya bercakap macam orang besar.Ayat paling suka sebut "tom-tom Bak" boleh dikatakan setiap masa.Suka sangat.
-Paham apa yang kita cakap.siap kadang bila kita tanya ada feedback lagi.tapi kita plak tak paham apa yang dia cakap. :-> tapi kalau nak suruh2 tu dah takde masalah.suruh kemas rumah,angkat itu ini,botol letak atas meja bila habis minum,baju kotor letak dalam mesin n etc..senang sikit keje ibu.Alhamdulillah.
-Selalunya budak pompuan yang suka menjeling-menjeling ni..tapi lain plak pesennya anak aku ni.Suka sangat menjeling.Time merajuk jeling, orang usik pun jeling yang paling tak tahan kalau dalam lif ader yang tegur dia dia jeling sampai naik mata putih.Kelakar pulak kalau ibu tengok mesti tahan gelak. :-D
-Dah pandai salam cium tangan.
-Asal pegang beg jer mesti salam ibu dengan ayah pastu cakap 'bye"
-Suka sangat pakai kasut besar.Pantang nampak kasut.
Wafi - KLIA
Gambar atuk satu pun takde.Ibu tak sempat nak snap.Wafi dah hilang kawalan macam terlepas kandang. Letih Ibu mengejar .Ni jer gambo yang ibu sempat snap. Wafi memang dera ibu ari tu.
So Suprised
First dapat tau rasa suspen la jugak.Tak plan tapi mmg bulan tu mmg takde protection tak sangka plak nak lekat.Sebelum ni mmg tak pernah amik apa apa pil just plan sendirian berhad tapi always make sure 'tidak terBolos lubang itu". :-D
Memang ada perancangan nak tambah satu lagi untuk tahun 2009 (tengah atau hujang tahun)tapi tak sangka cepat plak baru bulan 'on' terus ada.Mungkin dah rezeki.Alhamdulillah.
Tapi masa period lepas memang tertunggu-tunggu.Seminggu sebelum tu dah noted. Sekali hari yang sepatutnya datang tak muncul tiba.Bukan apa every month period akan jadi awal 2- 3 hari sbb cycle 28 hari.Tak pernah lari.Dah mula rasa cuak.Tapi ada plak rasa2 sakit kat ari2 macam kebiasaan nak period tapi ader stain pada hari yang sama.Rasa macam nak period tapi tak jugak.Tepat date last period sesajer beli upt kebetulan aritu teman hubby repair kereta lalu Guardian.Sesaja test. Nampak 2 line.Macam tak pecaya rasa macam tipu jer.So buat tak tau jer sbb mmg rasa macam nak period je.
Tak puas hati bagitau member kat opis sbb period tak mai jugak.So buat test lagi skali masa tu dah lewat 2 minggu skali tengok "Ha mak kau Clear 2 line" :P So mmg sah la aku pegnen. :-O
Pergi klinik nak sahkan.Kompem dan dr bagi EDD 5/2/2009.(ikut last period) Scan belum lagi sebab scan aritu kecik lagi.adala rupa cam bijik kacang..Tengokla  dah 3 bulan baru nak p chekup skali lagi.Harapnya kali ni semuanya ok.
-Kali ni ok plak ..takde rasa loya2, nak muntah, lalu plak makan. bahaya ni sure berat awal2 dah naik..cukup trimester 3 ni berapa la berat aku yang sedia domok ni. :P
-Dah start sakit pinggang, lenguh kaki -tak cukup kalsium la ni. Padahal dulu 1st pregnancy takde langsung problem ni .cuma dah akhir2 tu normalla sbb perut pun dah besar.Dulu sepanjang pegnen 1-2 kali je penah cramp.
- Lain-lain tak leh nak recognize lagi sbb awal lagi.
Moga semuanya berjalan lancarn selamat .tak banyak komplikasi.
Mother's day Cum besday
11 Mei Hari untuk semua ibu-ibu. Hari yang penuh bermakna.Segala jasa2 ibu itu amat tidak ternilai tidak dapat di bayar dengan wang ringgit. Penat jerih bermula dari tempoh mengandung , kelahiran, membesarkan, mendidik dsbg.Selamat hari Ibu untuk Ibu ku Tersayang Puan Hjh Jemellah Hj Mat Arif . I love U very Much.Tak lupa juga kepada semua Ibu-Ibu.
Tahun ni bermakna dah 2 kali aku menyambut Hari Ibu.Tapi nothing to be shared.takde apa yang menarik. Cuma suprised sikit sbb masa pergi rumah Mak long tetiba masa nak makan tetiba dia keluarkan kek.Terharu + hepi..ader jugak orang ingat kat aku.Walaupun besday 14 Mei ni tak sampai lagi.Aku ni jer yang selalu je lupa besday Mak long(Walaupun aku ingat jer besday dia 2 Feb tapi bila date tu muncul aku bleh je lupa..Anyway Terima kasih banyak..Dulu masa besday Wafi, maklong jugakla suprisedkan kek untuk Wafi .Mak long, igha ingat sampai bila bila..
Sebelum apa2 nak wish kan Selamat Pengantin Baru buat Mak Long dan pasangannya Ayie yang akan berlangsung 1 Jun 2008.Semoga berkekalan ke akhir hayat okay.Aminn
Update lagi
Actually aku dah dekat seminggu duduk kat umah baru..Memang masih terasa kehangatannya.Keadaan umah masih dalam keadaan terkawal walaupun satu bilik dah macam stor,penuh dengan kotak2 yang tak kemas lagi.Mmg lambat aku ni nak mengemas. Aku kemas umah ni sensorang k.(Sorry yer x boipren klu terasa) LOL  so kalau ada orang nak tolong kemaskan sila jomput datang umah den ni ha.. :-D dialu-alukan sesangat.
Wall deco
Aksesori umah mmg takde satu pun lagi..mmg peningla nak letak gambo2 kat dinding tu (dah beli tapi tak gantung lagi)..biasala aku ni tak kretip sangat bab hiasan dalaman ni..Main redah jer.Yang penting perabot yang ada tu mmg itu jela, takdede dah aku nak tambah laie.Kalau boleh kecik,nak kecik lagi biar lapang umah aku..Boleh si wafi main bola. :->
Kitchen Cabinet
Lagi satu mmg aku target nak buat kitchen kabinet (Tapi bukan skarang la sbb bajet aku amatlah terhad sekarang) :P ..Susah jugak kalau takde kabinet ni nampak terlopong jer table top aku tu..Pastu dengan keluasan dapur aku yang terhad mmg perlu sangat benda alah ni.Mana aku nak letak periuk, besin, pinggan mangkuk..aduhai.
Bunga-bungaan
Ni lagi satu hal.Satu pun takde lagi. macam tak seri plak kalau takde munga-munga ni..Nanti la aku usahakan.
Bilik
Buat masa ni aku cuma gunakan satu bilik (bilik tengah) kongsi bilik dengan wafi la dulu.Tu pun katil tak pasang lagi..So tdo pun atas tilam je dulu. Wafi, ibu tumpang dulu yer Bilik ibu perabot tak mai lagi..kita share dulu yer..heheheh. Bilik utama tu perabot tak abis bayo lagi so tunggu la 2 3 bulan lagi kot..heheh.Nanti bilik ibu dah siap ibu tak kaco wafi lagi..Kot Wafi plak yang kaco ibu.. :P
So kalau ader penambahan lain rasanya aku dah tak hapdet lagi kat sini..
Ni hall umah aku...Nampak kosong jer dinding kan
Ni dapur aku..Serabut jer rasa sbb takde tempat nak letak barang2. Main letak jer dulu
Tempat masak..Tersangatlah kecik..Opss aku dah unahkan posisi rak dapur n mesin basuh. tapi lupa nak tangkap gambo..
Sebelum ubah posisi
MAri meng "Update"
1)Puas hati sebab aku dah ader umah sendirik walaupun kecik.
2) Hasil kerja kontraktor ni sangatla memuaskan hati aku..Cermat
3) Walaupun ader "hamba Allah " ni dengki sangat ngan aku, aku tak kisah dia nak kutuk2 umah aku, yang penting aku tak kaco umah dia n aku tak mintak dia tolong buat + cat umah aku.
Bahagian Dapur
Hall
Bilik + toilet
Maapla mutu gambo kurang menarik.Biasala pakai hp jek..apa la sangat. :-D
Barang2 serba mak neka tak usung lagi dari rumah lama.Bak kata lain kitorang tak pindah lagi.Langsir2 pun takde lag (MMg tak carik lagi kainnya inikan pulak nak tempah..Nantila sikit2..
Si wafi suka nau datang sini mana taknya lapang jer sbb takde barang.
Rumah Baru - Fasa kedua
Semalam aku buat lawatan,'wak' tengah siapkan lantai dapur + table top.Penat je aku tengok derang ni buat keje.Sian pun ada. Adik aku tu pun ada gak ngadu penat tapi okla katanya sebab buat keja ada atap.Takdela terasa sangat. lagipun dia dah biasa tolong ayah aku buat umah kat kampung.Yela kalau tak biasa penat gakla mana nang angkat batu. bancuh simen, macam2la.
Ni ader sesikit gambo yang aku sempat snap
Gambo dapur umah aku (Rumah kecik hall+kitchen)
'Wak' tengah siapkan table top
Hall
Ni model yang nak mengexposekan diri ( hubby aku)
Bilik Utama
Bilik Kedua
Bilik kedua dan ketiga warna sama so aku tak letakla gambo untuk bilik ketiga
Umah aku dah nampak macam kindergarden la plak.Kengkonon nak kreatip la (Ayat hubby ) Hampess :P . Aku kena banyak pakai lampu kalau nak nampak umah terang.Aku main hentam jer pilih cat ni, so ni la hasilnya.
Anyway thanks to my hubby sbb semua hal 2 pengubahsuaian ni dia serah bulat2 kat aku. Dia terima jer apa jer cadangan aku..ekekeke LOL
Lagi satu thanks to Ana ( my opismate ) yang sentiasa melayan kerenah aku .Terpaksa pasang telinga dan bagi idea kat aku .Terima kasih bebanyak.